• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Diagnostik & Sokongan Klinikal
  • Audiologi

AUDIOLOGI

No Telefon : 05-6298400 samb. 8925

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI

Unit Audiologi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan pemulihan pendengaran yang berkualiti kepada individu bermasalah pendengaran supaya dapat meningkatkan kualiti hidup setiap pesakit tersebut.

MISI

  1. Menyediakan perkhidmatan Audiologi yang berterusan dan berkualiti kepada pesakit luar dan dalam.
  2. Setiap pesakit akan diberi rawatan dalam persekitaran yang selamat, dengan menggunakankaedah dan teknik pemeriksaan/intervensi yang bersesuaian.
  3. Maklumat mengenai rekod perubatan pesakit akan dirahsiakan dan hanya akan didedahkan dengan kebenaran pesakit sendiri.
  4. Setiap kakitangan adalah digalakkan untuk menghadiri continous medical education (CME) dan continous professional development program untuk meningkatkan kemahiran dan kompentasi, serta menambahkan pengalaman kerja masing-masing.

OBJEKTIF

Objektif Umum

Untuk meningkatkan kualiti hidup individu bermasalah pendengaran melalui intervensi awal, kaunseling dan program pendidikan kepada pesakit, ahli keluarga, dan  komuniti.

Objektif Spesifik

  • Menjalankan pemeriksaan pendengaran, membuat diagnosis, serta memberikan intervensi yang cekap dan berkesan kepada individu bermasalah pendengaran.
  • Meningkatkan kesedaran komuniti tentang masalah pendengaran dan intervensi individu bermasalah pendengaran.
  • Mengenalpasti keperluan komuniti dengan memberikan perkhidmatan yang bebas daripada sebarang bias, supaya tidak melanggar sensitiviti mana-mana etnik/kaum.

FUNGSI

Skop Perkhidmatan Audiologi meliputi:

  1. Menjalankan ujian-ujian diagnostik Audiologi yang menyeluruh untuk menilai tahap pendengaran pesakit.
  2. Membuat diagnosis terhadap masalah pendengaran yang dihadapi, dan menentukan intervensi/rawatan pemulihan yang bersesuaian dari segi rujukan perubatan, (re)habilitasi aural, pilihan strategi komunikasi dan cara pembelajaran yang bersesuaian.
  3. Menjalankan penilaian, membuat rekomendasi serta menjalankan pemasangan dan pemprograman alat bantu pendengaran (ABP) yang bersesuaian kepada pesakit yang  memerlukannya.
  4. Menilai kesesuaian pesakit bermasalah pendengaran untuk menjalani implan koklea melalui ujian yang bersesuaian, serta merujuk pesakit berkenaan kepada pasukan implan koklea di hospital/university yang terlibat.
  5. Menjalankan program intervensi awal melalui program saringan pendengaran bayi berisiko tinggi.
  6. Mengadakan program penjagaan / pemantauan tahap pendengaran secara berkala untuk pekerja- pekerja yang terdedah kepada bunyi bising dan berisiko mendapat masalah pendengaran
  7. Memberi pendidikan dan pendedahan kepada individu bermasalah pendengaran, ahli keluarga,dan komuniti tentang masalah pendengaran, penjagaan pendengaran, serta intervensi awal masalah pendengaran supaya dapat meningkatkan kesedaran awam.