• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Diagnostik & Sokongan Klinikal
  • Kejururawatan

UNIT KEJURURAWATAN

No Telefon: 05-6298400          samb. 8407/8429

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Unit Perkhidmatan Kejururawatan merupakan bahagian yang terbesar dalam organisasi hospital yang diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat U42 dengan jumlah 684 orang jururawat (data statistik pada Disember 2017)  dibawah jagaannya. Melakukan tugas penyeliaan, pengurusan dan pentadbiran kejururawatan yang menyeluruh terhadap Perkhidmatan Kejururawatan dan bertanggungjawab menjaga Unit JKKP dan Unit Kualiti. Dibantu oleh seorang Ketua Jururawat U32 di bilik KPJH untuk menjalankan tugasan harian bahagian pengurusan.

Ketua Penyelia Jururawat U42 bersama Penyelia Jururawat U41 seramai 2 orang dan U36 seramai 4 orang merancang, melaksanakan, menyelaras dan menilai amalan kejururawatan serta bertanggungjawab di dalam perlaksanaan tugas harian di bahagian klinikal yang ditetapkan.

Anggota Kejururawatan terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan perawatan kejururawatan dan berganding bahu dengan semua jabatan atau unit di hospital ini. Unit Kejururawatan ini menyediakan perkhidmatan sokongan perawatan klinikal pesakit dalam dan pesakit luar

Menjalankan pengurusan dan klinikal yang mengendalikan hal ehwal anggota kejururawatan, penjagaan pesakit dan merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti kejururawatan.  Bidang tugas klinikal telah di bahagikan di antara Penyelia Jururawat serta bertanggungjawab ke atas unit-unit yang telah di tetapkan.  Jururawat yang telah mengikuti kursus kepakaran pos basik akan ditempatkan mengikut kepakaran masing-masing untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kejururawatan.  Jururawat mengikut kategori diagihkan mengikut keperluan di wad dan klinik.

VISI

Unit kejururawatan ini menuju kearah untuk mengukuhkan dan meningkatkan prestasi profesion kejururawatan yang progresif,  dinamik dan responsif dalam memberi perawatan yang berkualiti selamat melalui kerja berpasukan dan perkhidmatan penyayang secara professional

MISI

  • Bekerjasama sebagai satu pasukan dengan pengamal perubatan, pesakit, keluarga dan komuniti dalam memberi perkhidmatan penyayang, selesa dan menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelanggan.
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti, efektif, efisien dan selamat melalui kerja berpasukan  dan penyayang seterusnya akan membantu ke atas penjagaan pesakit sepenuhnya demi kesihatan dan kehidupan yang lebih bernilai.
  • Komited, berdisipin dan kompeten dalam menjalankan tugas

OBJEKTIF KEJURURAWATAN

  • Membentuk jururawat yang berpengetahuan, berkemahiran dan berwawasan serta berinovasi dalam memberi perawatan yang holistik selari dengan kehendak semasa.
  • Merancang perkembangan kerjaya dan memastikan tahap pengetahuan semua jururawat meningkat melalui pembelajaran berterusan yang dijalankan secara berkala dalam mengekalkan perkhidmatan berkualiti dan standard kepada pesakit
  • Memastikan pengawasan dan menyelaras sumber tenaga anggota kejururawatan yang sedia ada mencukupi dalam setiap unit bagi melaksanakan perawatan pesakit.

FALSAFAH KEJURURAWATAN

Mengamalkan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia    dan  Konsep 10s, senyum, salam, segera, sentuh, sensitif, sopan, segak, selia, selidik semangat

PIAGAM PELANGGAN UNIT KEJURURAWATAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra penyayang dan berkualiti.

  1. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan serta prosedur kejururawatan yang dijalankan.
  2. Kerahsian maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  3. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
  4. Semua kemasukan pesakit diterima dan diberi layanan oleh jururawat dalam masa 15 minit.
  5. Setiap pesakit diberikan pendidikan kesihatan sebelum discaj.

SKOP TUGAS  PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

  1. Melaksanakan aktiviti penyeliaan dan pemantauan rawatan kejururawatan
  2. Melaksanakan aktiviti program kejururawatan.
  3. Melaksanakan permohonan dan pemantauan Sijil Pengamalan Jururawat Tahunan
  4. Mengagihkan penempatan anggota jururawat mengikut keperluan perkhidmatan
  5. Dan merangkumi beberapa komponen seperti berikut:
  • Perawatan Klinikal
  • Pengurusan Klinikal
  • Perlaksanaan dan Pemantauan Patient Safety Goals                         
  • Continous Professional Development
  • Kajian dan Penyelidikan