• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Diagnostik & Sokongan Klinikal
  • Psikologi Kaunseling

PSIKOLOGI KAUNSELING

No Telefon : 05-6298400 samb. 8409

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI

Meningkatkan kesihatan emosi insan melalui perkhidmatan kaunseling profesional.

MISI

Unit Psikologi Kaunseling memainkan peranan dan melaksanakan:

  1. Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang profesional dan berkualiti.
  2. Memberi penekanan kepada perkhidmatan kaunseling yang memenuhi amalan kriteria-kriteria berikut:
  • Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan.
  • Sifat menghormati maruah insan.
  • Penglibatan masyarakat.

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan kesihatan emosi mereka yang memerlukan melalui perkhidmatan kaunseling yang diberikan.
  2. Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental dalam mengharungi hidup yang sihat.
  3. Membantu untuk meningkatkan kebolehan ke arah perubahan tingkah laku yang lebih berkesan seperti:
  • Mengurangkan tekanan emosi semasa
  • Membina kemahiran sosial
  • Mempunyai wawasan
  • Keluar dari lingkungan hidup yang bermasalah
  • Membina keyakinan diri
  • Menjadi orang yang bergfungsi pada diri dan persekitaran
  • Menolong secara humanistik dan teratur
  • Mementingkan kewujudan kehormatan klien
  • Memberikan kesedaran dalaman kepada klien

FUNGSI

Unit Psikologi Kaunseling bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada warga dan pelanggan hospital melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  • Intervensi psikologi kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, khidmat perundingan dan intervensi krisis.
  • Melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi yang merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
  • Mentadbir inventori / ujian-ujian psikologi.
  • Menyediakan laporan berkaitan perkhidmatan kaunseling.
  • Mengemaskini data klien yang diberi kaunseling dan psikoterapi di dalam sistem Kes Management System.