• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Pengurusan & Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal
  • Pengurusan Maklumat

PENGURUSAN MAKLUMAT

No Telefon : 05-6298400 samb. 8781

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI
Ke arah memodenkan pentadbiran Hospital Teluk Intan dengan teknologi ICT yang terkini dan melahirkan warga hospital yang membudayakan ICT untuk memberikan perkhidmatan yang profesional, mesra dan penyayang.

MISI
Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pentadbiran Hospital Teluk Intan dengan menyediakan kemudahan infrastruktur berteraskan perkembangan ICT terkini bagi menjamin sistem perkhidmatan dapat dilaksanakan secara optimum.

OBJEKTIF
Memberi sokongan teknikal ICT dan aplikasi yang efisien kepada setiap unit di Hospital Teluk Intan bagi memastikan aplikasi, kemudahan dan perkhidmatan ICT dapat digunakan dengan cekap dan berkesan dalam membantu pelaksanaan fungsi-fungsi selain meluaskan penggunaan ICT dikalangan warga kerja Hospital

FUNGSI
Memberi perkhidmatan sokongan kepada warga hospital melalui aktiviti-aktiviti berikut :
• Perancangan Dan Pembangunan Infrastruktur ICT
• Khidmat Sokongan Sistem Aplikasi Kerajaan Elektronik (EG)
• Khidmat Sokongan Teknikal / Penyenggaraan ICT (Perisian dan Perkakasan)
• Penyelenggaraan Sistem Aplikasi
• Khidmat nasihat dan rundingcara perolehan produk ICT
• Pembangunan Portal Hospital (http://htintan.moh.gov.my/)
• Infrastruktur rangkaian, internet dan keselamatan ICT
• Latihan Pembudayaan ICT / Latihan Sistem Aplikasi
• Peningkatan Kompetensi Pegawai IT
• Pembangunan multimedia