PERGIGIAN PEDIATRIK

No Telefon : 05-6298621

CARTA ORGANISASI (Klik)

PENGENALAN

Perkhidmatan kepakaran menyediakan rawatan: untuk kes 'early childhood caries', kes trauma, lesi mulut seperti tumor/ sista, kebengkakan dan kes yang memerlukan rawatan di wad dan pembedahan untuk pesakit dalam dan  pesakit luar (berumur 16 tahun dan ke bawah); yang dirujuk dari klinik pergigian kerajaan / swasta, klinik kesihatan kerajaan / swasta dan jabatan-jabatan lain di hospital  dan jabatan kecemasan. Mana-mana kes yang memerlukan rawatan ekstensif (termasuk pembedahan) atau rawatan komprehensif untuk kanak-kanak yang kurang bekerjasama akan dijalankan di dalam Dewan Bedah di bawah bius am atau di klinik dengan ubat sedasi.

Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Teluk Intan menjalankan rawatan-rawatan seperti berikut:

  1. Pencegahan pergigian
  2. Rawatan restoratif rumit
  3. Trauma pergigian
  4. Rawatan infeksi oro-fasial / patologi mulut
  5. Rawatan komprehensif bagi kanak-kanak kurang upaya
  6. Kes-kes pembedahan
  7. Rawatan di bawah bius am dan sedasi

VISI

Jabatan Pergigian Pediatrik berusaha untuk menjadi Pusat Kecemerlangan bagi perkhidmatan pergigian kanak-kanak dengan menyediakan khidmat kesihatan mulut yang komprehensif melalui sistem kesihatan yang tidak membebankan, mengikut perkembangan teknologi terkini dan mengutamakan pesakit

MISI         

Untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak melalui promosi kesihatan mulut dan penyediaan penjagaan kesihatan mulut yang:

  • Memahami dan cuba memenuhi kehendak pesakit
  • Mengikut perkembangan teknologi yang sesuai dan terkini
  • Memberi perkhidmatan secara profesional dan prihatin

OBJEKTIF  

  • Menyediakan promosi, perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak berumur 16 tahun dan ke bawah, terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khas
  • Menyediakan rawatan pergigian dan penjagaan kesihatan mulut yang komprehensif kepada semua kes yang dirujuk
  • Mempertingkatkan kemahiran profesionalisma melalui latihan dan pembelajaran berterusan

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra, bertimbangrasa, hormat,bersopan santun dan ikhlas.
  2. Setiap pesakit akan didaftarkan dalam tempoh 10 minit.
  3. Setiap pesakit akan diberimaklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan.
  4. Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting rawatan dan pencegahan penyakit pergigian.
  5. Setiap pesakit akan diberikan perkhidmatan pergigianyang sewajarnya, secara cekap dan professional.
  6. Rawatan pergigian akan dimulakan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan.
  7. Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam Bilik Rawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman.
  8. Setiap pesakit akan diberi penjelasan mengenairawatan yang akan dijalankan.
  9. Segala maklumat mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan, tertakluk kepada undang-undang.