• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Oftalmologi

OFTALMOLOGI

No Telefon : 05-6298400 samb. 8607

CARTA ORGANISASI (Klik)

LOKASI

Klinik Oftalmologi terletak bertentangan dengan Klinik Pakar Kanak-kanak dan Klinik Pakar Perubatan.

VISI

Negara mengembleng tenaga kearah kesihatan yang lebih baik.

MISI

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama.

Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan.
  • Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga.
  • Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • Mengutamakan pelanggan.
  • Tidak membebankan.
  • Wajar mengikut teknologi.
  • Boleh disesuaikan mengikut persekitaran.

Dengan menekankan:

  • Sifat penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan.
  • Sifat menghormati maruah insani.
  • Penglibatan masyarakat.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan rawatan dan perawatan yang cemerlang dalam persekitaran mesra pesakit.
  2. Mengambil bahagian dalam pembangunan professional berterusan bagi anggota- anggota melalui program pembelajaran berterusan.
  3. Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kesihatan mata melalui program-program saringan, ceramah dan sebagainya.
  4. Mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal melalui pengumpulan data berterusan.

 SKOP PERKHIDMATAN KLINIK PAKAR OFTALMOLOGI HOSPITAL TELUK INTAN

 Klinik Pakar Oftalmologi Hospital Teluk Intan bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti berikut :

  1. Melakukan pemeriksaan tahap penglihatan (visual acuity) terhadap pesakit.
  2. Membuat diagnosis awal dan memberi rawatan berkaitan penyakit-penyakit mata.
  3. Menerima rujukan kes dari lain-lain Hospital / Pusat / Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta.
  4. Merujuk kes yang memerlukan rawatan khusus ke lain-lain Hospital Rujukan.
  5. Melakukan prosedur-prosedur rawatan mata.
  6. Melakukan pembedahan elektif seperti Katarak, Pterygium dan lain-lain.
  7. Menerima kes-kes kecemasan dan melakukan rawatan serta pembedahan bagi kes-kes kecemasan.
  8. Melakukan ‘Visual Rehabilitation’.
  9. Lain-lain seperti menjalankan Program Saringan Mata, Kursus Penjagaan Mata bagi kakitangan kesihatan, memberi ceramah tentang penyakit dan penjagaan mata kepada umum dan lain-lain aktiviti.

 Klinik Pakar Oftalmologi juga memberikan perkhidmatan optometri oleh Pegawai Optometri, Unit Optometri Hospital Teluk Intan. Antara perkhidmatan yang disediakan:

  1. Klinik Optometri Umum
  2. Klinik Optometri Pediatrik
  3. Klinik Kanta Sentuh
  4. Klinik Penglihatan Binokular & Ortoptik
  5. Klinik Penglihatan Terhad
  6. Ujian Perimetri, Ujian Biometri. Ujian Penglihatan Warna & Ujian Hess

 POLISI KLINIK PAKAR OFTALMOLOGI HOSPITAL TELUK INTAN

  1. Semua pesakit yang memerlukan rawatan perlu membawa surat rujukan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau Swasta.
  2. Pesakit tersebut akan dilakukan ‘saringan kesihatan mata’ (Eye Health Screening).
  3. Temujanji rawatan akan diberikan kepada beliau mengikut thap ketenatan penyakit mengikut tarikh dan masa yang tertentu.
  4. Pesakit diingatkan supaya mematuhi tarikh dan masa temujanji.
  5. Pesakit juga dinasihatkan supaya hadir 30 minit sebelum masa temujanji untuk proses pendaftaran rawatan.

 PIAGAM PELANGGAN KLINIK PAKAR OFTALMOLOGI HOSPITAL TELUK INTAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Perkhidmatan akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
  2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  3. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  4. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
  5. Pesakit diberi rawatan dan perawatan mengikut piawaian standard. Pesakit yang memerlukan rawatan yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk kepada hospital/institusi yang sesuai.
  6. Pesakit diberi penerangan secukupnya dan member keizinan bertulis sebelum prosedur perawatan dilakaukan.
  7. Masa menunggu untuk berjumpa doktor di klinik pakar ialah kurang daripada 90 minit bagi 90% jumlah pesakit yang mendapat rawatan (kecuali pesakit yang menjalani prosedur seperti refraksi dan ujian medan penglihatan).
  8. Bagi kes rujukan pertama pesakit Diabetes, temujanji akan diberi dalam masa 6 minggu
  9. Bagi semua kes pembedahan elektif katarak, tarikh pembedahan akan diberikan selewat-lewatnya enam belas minggu (16 minggu) daripada tarihkh pemeriksaan Pra-pembedahan.