
Perhatian kepada semua kakitangan Hospital Teluk Intan dan pesakit/waris pesakit di Unit Pesakit Luar, kaunter Triage dan kaunter Saringan MERS-COV dan WUHAN nCOV telah dibuka di Unit Pesakit Luar bermula hari ini, Khamis 23 Januari 2020. Unit Pesakit Luar akan menutup 2 pintu (pintu utama dan pintu berwarna oren). Hanya pintu kecil (berhampiran Jabatan Kecemasan) dan pintu di Unit Persampelan Darah sahaja yang akan dibuka. Ini memudahkan pihak Unit Pesakit Luar memantau dan menjalankan saringan kepada semua pesakit. Kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai. Sekian Terima Kasih.






English 