Latar Belakang Hospital Kluster?

Konsep Hospital Kluster melibatkan gabungan sekurang-kurangnya satu hospital berpakar dengan hospital tanpa pakar di dalam kawasan geografi yang sama membentuk satu entiti. Perkongsian sumber di kalangan hospital misalnya sumber manusia, peralatan, fasiliti dan lain-lain dapat memastikan penggunaannya dapat dioptimumkan.

Hospital Kluster Perak Selatan merangkumi tiga (3) buah Hospital iaitu Hospital Teluk Intan, Hospital Tapah dan Hospital Slim River bermula 1 Januari 2020.

Kewujudan Hospital Kluster Perak Selatan ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Melalui Hospital Kluster, perkhidmatan di tiga ( 3 ) buah hospital dapat diselaraskan memudahkan akses perkhidmatan pakar ke hospital daerah iaitu Hospital Tapah dan Hospital Slim River. Selain itu, Hospital Kluster juga dapat memastikan perkhidmatan yang disediakan berkualiti dan diselia oleh pakar daripada Hospital Teluk Intan. Ini juga dapat memastikan tiada pembaziran dengan menggunakan sumber yang sedia ada secara optimum.

FaLang translation system by Faboba