Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

1. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal dengan masa menunggu seperti berikut:
a) Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta.
b) Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit.
c) Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit.

2. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan / atau keadaan pesakit.
Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.

4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.

5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.