PERUTUSAN PENGARAH

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung Laman Web Rasmi HOSPITAL KLUSTER PERAK SELATAN.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi HOSPITAL KLUSTER PERAK SELATAN yang merangkumi tiga( 3 ) buah Hospital iaitu Hospital Teluk Intan, Hospital Tapah dan Hospital Slim River. Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat ilahi, Laman Web Rasmi ini telah ditambah baik dengan nilai tambah, lebih berdaya saing, lebih informatif dan sentiasa terkini selaras dengan perubahan peredaran masa, tuntutan era baru dan perkembangan kemudahan perubatan kuratif terkini di hospital ini. Ini adalah hasil dari kerjasama semua pihak serta maklum balas dari dalam dan luar organisasi hospital ini.

Kewujudan HOSPITAL KLUSTER PERAK SELATAN ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Melalui Hospital Kluster, perkhidmatan di tiga ( 3 ) buah hospital dapat diselaraskan memudahkan akses perkhidmatan pakar ke hospital daerah iaitu Hospital Tapah dan Hospital Slim River. Selain itu, Hospital Kluster juga dapat memastikan perkhidmatan yang disediakan berkualiti dan diselia oleh pakar daripada Hospital Teluk Intan. Ini juga dapat memastikan tiada pembaziran dengan menggunakan sumber yang sedia ada secara optimum.

Medium perkongsian maklumat dan idea yang pantas dan terkini dengan para pelanggan kami dan stake holder kini menjadi sangat penting. Ia membantu pihak kami melicinkan perjalanan perkhidmatan setiap hari serta mempertingkatkan mutu kualiti perkhidmatan kami ke tahap yang lebih tinggi yang sepatutnya sebagai sebuah HOSPITAL KLUSTER PERAK SELATAN

Kami seluruh warga HOSPITAL KLUSTER PERAK SELATAN amat mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web ini. Segala maklumat yang dipaparkan adalah kreditasi hospital ini dan diharap dapat dimanfaatkan bersama oleh pihak yang melayari laman web rasmi ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat yang menjadi pelanggan setia kami kerana terus memberikan kepercayaan yang tinggi kepada kami dalam memberikan rawatan yang terbaik setaraf yang sepatutnya sebagai sebuah HOSPITAL KLUSTER PERAK SELATAN.

 

Selamat melayari laman web rasmi Hospital Kluster Perak Selatan

“PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA”

 
Dr. Khairul Baharin bin Mohd Baharuddin PMP
M.D. (UKM), MCHS (HMHE) UKM, CMIA (NIOSH)
MMC : 38327
PENGARAH HOSPITAL KLUSTER PERAK SELATAN
PENGARAH HOSPITAL TELUK INTAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FaLang translation system by Faboba