Senarai Semak Permohonan Laporan Perubatan

Permohonan Pesakit (sendiri)

  • Permohonan secara bertulis ataupun menggunakan Borang KKMLP/1/2008
  • Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit jika melalui pos.
  • Salinan Kad Pengenalan pesakit
  • Salinan Kad Temujanji pesakit
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.

 

Permohonan melalui Ibu / Bapa / Penjaga yang sah (pesakit berumur 18 tahun Kebawah)

  • Permohonan secara bertulis ataupun menggunakan Borang KKMLP/1/2008
  • Surat keizinan ASAL dari Ibu/Bapa/Penjaga yang sah.
  • Salinan Sijil Kelahiran pesakit
  • Salinan Kad Pengenalan pesakit
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga yang sah.
  • Salinan Kad Temujanji pesakit
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.

 

Permohonan Dari Waris (Suami/Isteri/Anak/AdikBeradik/Ibubapa dan waris yang sah) untuk pesakit yang telah meninggal dunia.

  • Permohonan secara bertulis ataupun menggunakan Borang KKM / LP/1/2008
  • Surat keizinan ASAL dari waris (menyatakan maklumat waris)
  • Salinan Kad Pengenalan simati
  • Salinan Kad Pengenalan waris
  • Salinan Kad Temujanji simati
  • Salinan Sijil Nikah (jika berkaitan)
  • Salinan Sijil Kelahiran (jika berkaitan)
  • Surat Akuan Sumpah (jika berkaitan)
  • Salinan permit kubur / Sijil Kematian
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan simati.

 

Permohonan melalui Pihak ketiga/Wakil (Insurans, Peguam, Majikan, Jabatan Kerajaan dan lain-lain )

  • Permohonan secara bertulis ataupun menggunakan Borang KKM/LP/1/2008
  • Surat keizinan ASAL dari pesakit / waris (menyatakan memberi kuasa
  • kepada untuk mendapatkan laporan)
  • Surat asal izin pesakit (menyatakan nama agen / wakil / pemohon)
  • Salinan Kad Pengenalan pesakit
  • Salinan kad temujanji pesakit
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan lain-lain)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.
  • Salinan permit kubur jika pesakit meninggal dunia / mati

 

CARTA ALIRAN PENGURUSAN LAPORAN PERUBATAN