• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Diagnostik & Sokongan Klinikal
  • Dietetik dan Sajian

DIETETIK DAN SAJIAN

No Telefon : 05-6298400 samb. 8490/ 8491/ 8493/ 8494

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI

Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

MISI

Jabatan Dietetik dan Sajian berusaha untuk:

Perkhidmatan Sajian:

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

Perkhidmatan Dietetik:

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ‘evidence based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

OBJEKTIF

Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

FUNGSI

Jabatan Dietetik dan Sajian bertanggungjawab memberi perkhidmatan sokongan kepada pesakit dan warga hospital melalui aktiviti-aktiviti berikut:

  • Membekalkan makanan diet normal dan diet teraputik kepada pesakit dalam di semua wad hospital mengikut pesanan wad
  • Membekalkan makanan kepada pegawai perubatan bertugas atas panggilan serta pegawai perubatan dan paramedik bertugas di dewan bedah
  • Membekalkan bahan makanan kering kepada wad Psikiatrik dan wad Bersalin
  • Memberi perkhidmatan konsultasi diet kepada pesakit luar yang dirujuk oleh pegawai perubatan dan pesakit dalam; pemberian perkhidmatan sokongan pemakanan enteral kepada pesakit dalam yang dirujuk oleh pegawai perubatan
  • Memberi ceramah berkaitan perkhidmatan makanan/nutrisi dan penyakit atas jemputan
  • Memberi latihan praktikal katering dan ‘internship’ dietetik kepada pelatih daripada Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan