• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Diagnostik & Sokongan Klinikal
  • Pengimejan Diagnostik

PENGIMEJAN DIAGNOSTIK

No. Telefon: 05-6298400 samb. 8790

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI

Mengembeling tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

Menerajui dan berusaha bersama-sama:

Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
  • Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • Mengutamakan pelanggan
  • Saksama
  • Tidak membebankan
  • Cekap
  • Wajar mengikut teknologi
  • Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • Inovatif

Dengan menekankan:

  • Sifat penyayang, profesionalisme dan bekerja berpasukan
  • Sifat menghormati maruah insan
  • Penglibatan masyarakat

OBJEKTIF

  1. Memberi perkhidmatan pengimejan diagnostik yang cekap, tepat dan selamat
  2. Memberi perkhidmatan yang profesional, mesra dan penyayang
  3. Memenuhi kepuasan pelanggan berdasarkan piagam pelanggan

FUNGSI

Fungsi utama jabatan adalah menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik untuk pesakit dalam dan luar. Senarai perkhidmatan yang disediakan ialah:

  1. Pemeriksaan X-Ray Am
  2. Pemeriksaan X-Ray Pergigian (OPG/CBCT)
  3. Pemeriksaan Intravenous Urography (IVU)
  4. Pemeriksaan X-Ray di Wad (Mobile)
  5. Pemeriksaan X-Ray di Dewan Bedah (II)
  6. Pemeriksaan Fluoroscopy
  7. Pemeriksaan Ultrasound
  8. Pemeriksaan Mammography
  9. Pemeriksaan Computed Tomography (CT Scan)
  10. Khidmat Perundingan Pengimejan Diagnostik

Permohonan pemeriksaan x-ray tersebut juga merangkumi hospital-hospital lain seperti Tapah, Slim River, Changkat Melintang dan Sabak Bernam, Selangor dan juga klinik-klinik kesihatan yang berdekatan seperti Teluk Intan, Sungai Sumun, Langkap, Bagan Datuk, Chenderong Balai dan Kampung Gajah.

Perkhidmatan sokongan ini meliputi 24 jam bagi kes-kes kecemasan.

Pihak jabatan juga membantu dalam mendapatkan temujanji bagi kes-kes yang memerlukan pemeriksaan lanjutan seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI) di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.