PEDIATRIK

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI

Jabatan Pediatrik Hospital Teluk Intan akan menjadi sebuah pusat perkhidmatan yang professional, penyayang dan penjagaan perawatan bayi dari lahir sehingga umur 12 tahun serta memberi penekanan terhadap peranan keluarga dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak.

MISI

Memberi perkhidmatan perawatan yang komprehensif berteraskan penambahbaikan yang berterusan.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan rawatan kuratif yang bermutu tinggi kepada semua pesakit Pediatrik, sama ada pesakit dalam atau pesakit luar serta menekankan aspek-aspek pencegahan dan memberi penekanan terhadap peranan keluarga dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak.
  • Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pesakit pediatrik serta keluarga mereka terutama mereka yang mengalami masalah penyakit kronik seperti Thalassaemia, HIV, barah dan penyakit-penyakit rumit yang lain.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti latihan untuk semua kakitangan Pediatrik termasuk Pegawai Perubatan dan Paramedik di peringkat hospital dan negeri dengan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan mutu rawatan Pediatrik di negeri Perak. Memberi latihan kepada pegawai perubatan yang akan mengambil peperiksaan lepasan ijazah dan dijadikan suatu program yang berterusan.

PIAGAM PELANGGAN KLINIK PAKAR PEDIATRIK

  • Kami berusaha untuk meninggikan mutu perkhidmatan yang terbaik untuk pesakit.
  • Bagi kes tidak segera yang pertama kali dirujuk di Klinik Pakar Pediatrik akan diberi temujanji kurang daripada 6 minggu bagi mencapai standard yang telah ditetapkan.
  • Waktu menunggu bagi Klinik Pakar tidak melebihi 90 minit untuk 90% pesakit.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Jabatan Pediatrik menyediakan perkhidmatan seperti berikut :
  • Penyediaan perkhidmatan yang melibatkan diagnosa penyakit, rawatan penyembuhan dan rawatan susulan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah. Kanak-kanak yang telah mendapat rawatan susulan sejak berumur bawah 12 tahun akan terus diberi rawatan susulan di klinik sehingga dewasa.
  • Kepastian kualiti, klinikal dan kajian sistem kesihatan dalam bidang Pediatrik.
  • Latihan untuk Pegawai Perubatan dan Paramedik di Jabatan Pediatrik.