• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Pengurusan & Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal
  • Kewangan

KEWANGAN

No Telefon : 05-6298400 samb. 8431

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI

Menjadi sebuah Unit  Kewangan yang unggul, berintegriti, berwibawa dan mempunyai akauntabiliti dalam memberi perkhidmatan pengurusan kewangan.

MISI

Meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan kewangan yang menepati keperluan pelanggan.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan yang menepati keperluan dan kehendak pihak pelanggan.
  • Memberi perkhidmatan pengurusan perolehan dan hasil yang cekap dan menguntungkan kerajaan mengikut prosedur kewangan yang berkuat kuasa.
  • Menyedia, memantau dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan agar mencapai penggunaan optima yang berkesan.
  • Meningkatkan kompetensi dan kecekapan kakitangan unit kewangan dalam pengurusan kewangan menerusi latihan yang berterusan. 

FUNGSI

  • Mengurus terimaan hasil Hospital Teluk Intan.
  • Mengurus urusan perolehan dan menjadi urus setia Lembaga Perolehan.
  • Mengurus pembayaran bil-bil, elaun lebih masa, tuntutan perjalanan, waran perjalanan udara, bayaran balik kasut, bayaran gaji dan kwsp bagi kakitangan Hospital Teluk Intan
  • Menguruskan pinjaman perumahan, pendahuluan diri dan akaun pukal
  • Melaksanakan mekanisma kawalan kewangan dan perbelanjaan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Ibu Pejabat setiap suku tahun.
  • Mengemukakan laporan JPKA setiap suku tahun ke Jabatan Kesihatan Negeri
  • Mengurus dan menyelaras perkara-perkara berkaitan pertanyaan Audit termasuk pertanyaan Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam.
  • Melaksanakan Kerajaan Elektronik (ePerolehan dan eSPKB).
  • Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan Hospital Teluk Intan.
  • Menguruskan peruntukan Mengurus dan Pembangunan Hospital Teluk Intan