• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Pengurusan & Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal
  • Pendidikan Pesakit

PENDIDIKAN PESAKIT

TEL : 05-6298400 samb 8681/8857

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI

Memberi perkhidmatan pendidikan pesakit (kes diabetes,asthma,hipertensi dan klinik berhenti merokok) dan promosi kesihatan yang cemerlang.

MISI

Memberikan maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit yang menjurus kearah perubahan tingkahlaku yang positif.

OBJEKTIF

Objektif Am

Untuk memprkasakan pesakit dan keluarga dengan pengetahuan ,sikap dan kemahiran yang spesifik bagi membolehkan mereka menguruskan sendiri penyakit kearah peningkatan kualiti hidup yang lebih baik.

Objektif Khusus

  • Menyediakan pelanggan (pesakit ,keluarga pesakit,orang awam dan staf hospital) dengan intervensi-intervensi pendidikan pesakit secara berkala.
  • Menyediakan perkhidmatan berhenti merokok secara sistematik dan berkesan.
  • Beroperasi sebagai ONE STOP CENTER bagi menyalurkan maklumat kesihatan kepada pelanggan .
  • Menyediakan latihan berkaitan pendidikan pesakit dan pendidikan kesihatan kepada warga kerja.

FUNGSI

Unit Pendidikan Pesakit bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada pesakit,keluarga pesakit dan orang awam serta warga hospital melalui aktiviti-aktivit berikut:

  • Penerangan tentang penyakit diabetes,hipertensi dan asthma.
  • Memberi tunjuk ajar tentang cara-cara pemberian suntikan insulin dengan teknik yang betul dan bahagian badan yang sesuai untuk mendapatkan kesan yang optimun.
  • Memberi pengetahuan kepada pesakit cara pelupusan jarum yang betul dan selamat.
  • Memberi pengetahuan tentang tanda-tanda hypoglisemia dan rawatan kecemasan.
  • Mengajar melakukan aktiviti fizikal (senaman) untuk membantu penurunkan paras glukos,kolesterol berat badan.
  • Memberikan pengetahuan tentang cara pemilihan kasut dan stokin yang sesuai bagi kes diabetes.
  • Memberi penerangan tentang kepentingan pengambilan ubatan ,kesan terhadap penyakit.
  • Menyediakan perkhidmatan ,membantu pesakit untuk mendapatkan bekalan alatan keperluan rawatan seperti jarum suntikan,glukometer,mesin pemeriksaan tekanan darah dan lain-lain melalui (Persatuan Diabetes Malaysia, Cawangan Hospital Teluk Intan)
  • Menjalankan perkhidmatan klinik berhenti merokok,dengan mengadakan sesi kaunseling dan rawatan pengubatan dengan bantuan dan pemantaun daripada doktor dan pegawai farmasi.
  • Mengadakan pameran kesihatan mengikut tema sambutan hari-hari khas kesihatan atau mengikut keperluan.
  • Mengadakan kem kesihatan (diabetes) dibawah pengelolaan pakar perunding perubatan.
  • Mengadakan kelas (diabetes) setiap 3 bulan sepanjang tahun( dalam proses perancangan dan penyusunan.
  • Membuat permohonan / mengedarkan bahan pendidkan kesihatan yang diterima daripada Unit Pendidikan Kesihatan Negeri Perak.