• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Kecemasan dan Trauma

KECEMASAN DAN TRAUMA

CARTA ORGANISASI (Klik)

MISI
Untuk menyelamatkan nyawa pesakit dengan menyediakan rawatan kecemasan awal yang agresif dan berkesan, menggunakan prosedur intervensi untuk menstabilkan pesakit sebelum pengurusan lanjut seperti pembedahan atau rawatan muktamad.

OBJEKTIF
Objektif kami adalah untuk memberikan kepuasan penuh kepada pelanggan kami dengan memberi perkhidmatan kecemasan terbaik di Malaysia. Objektif kami akan dicapai dengan :-
1) Menyediakan pendidikan kesihatan berterusan untuk pesakit, komuniti dan keluarga mereka
2) Menggalakkan perkembangan personal dan profesional di kalangan kakitangan Perubatan Kecemasan dengan menyediakan
    latihan dalaman dan program pendidikan yang berterusan
3) Memulakan dan menyokong projek penyelidikan di Perubatan Kecemasan dalam penjagaan pesakit
4) Meyediakan budaya kerja yang cemerlang melalui cara kerja yang sesuai

POLISI
1) Perkhidmatan kecemasan disediakan 24 jam terutama untuk pesakit yang serius dan kritikal
2) Untuk menyediakan perkhidmatan yang komprehensif yang termasuk 'resusitasi pra-hospital', penstabilan dan
penjagaan
    muktamad
3) Perkhidmatan juga merangkumi Pengurusan Bencana, Keganasan Rumah Tangga, Perubatan Sukan dan Perubatan Kecemasan
4) Perkhidmatan kami disediakan dengan pandangan humanistik dan sensitiviti terhadap aspek ekonomi dan budaya pesakit kami
5) Untuk menyediakan perkhidmatan mesra pesakit yang cepat dan berkesan

PIAGAM PELANGGAN
1) Memberi perkhidmatan yang berkesan, tepat dan penyayang
2) Kes akan dirawat mengikut tahap keseriusan pesakit
3) Kes-kes yang rumit akan dibincangkan dengan pakar masing-masing

Perkhidmatan dibahagikan kepada tiga :-
1) Penjagaan Perubatan Kecemasan Akut
2) Perkhidmatan Sokongan
3) Perkhidmatan Pentadbiran dan Medico-Perundangan

R
awatan pesakit dibahagikan kepada 3 kategori :-
1) Zon Tidak Kritikal (Zon Hijau)
2) Zon Separa Kritikal (Zon Kuning)
3) Zon Kritikal (Zon Merah)

PENJAGAAN PERUBATAN YANG KOMPREHENSIF ADALAH TERMASUK :-
1) Asma Bay - Ia adalah untuk pesakit asma yang diserang asma
2) One Stop Crisis Centre (O.S.C.C.) - Kes rogol dan penderaan wanita dan kanak-kanak akan ditempatkan di bilik istimewa ini.
    Pesakit juga dilayani dengan khidmat nasihat oleh pegawai kerja sosial
3) Perkhidmatan Pra Hospital
4) Pengurusan Bencana - Jabatan ini dilengkapi sepenuhnya untuk sebarang bencana. Bilik operasi dibuka semasa bencana.
    Jabatan Kecemasan digerakkan untuk menerima mangsa serta menyelaras 'mencari dan menyelamat' dan 'stesen pangkalan
    perubatan'
5) Klinik Pesakit Luar - Dijalankan oleh doktor Locum untuk pesakit selepas waktu pejabat

PERKHIDMATAN SOKONGAN
1) Kaunter Farmasi : perkhidmatan 24 jam untuk pesakit
2) Bilik Sinar-X
3) Bilik Imbas CT
4) Plaster of Paris Room (P.O.P.)
5) Makmal
6) Ambulans

FaLang translation system by Faboba