• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Pembedahan Am

PEMBEDAHAN AM

No Telefon : 05-6298400 samb. 8622 

CARTA ORGANISASI (Klik)

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Am Hospital Teluk Intan memberikan perkhidmatan bagi kepentingan pelanggan-pelanggan dari Daerah Hilir Perak, khasnya, dan sebahagian dari Daerah Batang Padang, Daerah Kampong Gajah serta Daerah Sabak Bernam, Selangor.

Tanggungjawab Jabatan Pembedahan merangkumi:

  1. Perkhidmatan Pesakit Dalam
  2. Perkhidmatan Pesakit Luar
  3. Pembedahan Elektif
  4. Pembedahan Kecemasan
  5. Rawatan Endoskopi
  6. Rawatan Harian
  7. Kemoterapi Harian

Disamping perkhidmatan bercorak perubatan, Jabatan Pembedahan Am juga menitikberatkan pembelajaran berterusan continuing medical education (CME) untuk Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

VISI

Jabatan Pembedahan Am Perlu Menyediakan Anggota-Anggota Yang Terlatih Di Bidang Rawatan Pembedahan Am Menggunakan Teknologi Yang Terkini Demi Meningkatkan Kualiti Di Dalam Kes-Kes Rawatan Pembedahan Elektif Atau Kecemasan.

MISI

Memberi Rawatan Berkualiti, Cekap Dan Berkesan Dengan Mengamalkan Kerja Berpasukan Dan Meningkatkan Tahap Perawatan Yang Bermutu Tinggi.

Hormat Menghormati, Ramah Mesra, Jujur Dan Bertimbangrasa Kepada Pelanggan Dan Orang Awam

OBJEKTIF JABATAN

         Untuk memberi perkhidmatan rawatan pembedahan yang terkini, berkesan dan efisyen kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah pembedahan am dan kecederaan samada secara elektif ataupun kecemasan.

Memberikan kefahaman kepada masyarakat setempat tentang kewujudan perkhidmatan rawatan pembedahan di mana terdapat masalah-masalah yang tidak perlu lagi di rujuk kepada hospital-hospital yang lain. Ini telah berjaya dilakukan dengan jayanya melalui aktiviti ‘Program Bersama Pelanggan’ dan menganjurkan kempen serta kursus-kursus yang tertentu.

FUNGSI

Memberi perawatan khusus bagi disiplin-disiplin Pembedahan Am, termasuk Endoskopi Diagnostik dan Klinik Payu Dara (Breast Clinic).

Antara perkhidmatan yang diberikan adalah seperti berikut:-

  1. Perkhidmatan pembedahan elektif dan kecemasan.
  2. Pembedahan kecil (minor surgery) untuk pesakit luar dan pesakit rawatan harian (Day Care)
  3. Perkhidmatan Endoskopi (O.G.D.S dan Colonoscopy)
  4. Perkhidmatan FNAC (Fine Needle Aspiration For Cytology) semasa sesi Klinik Payudara.
  5. Klinik Pakar Pesakit Luar Pembedahan.
  6. Rawatan Kemoterapi Harian
  7. Pemeriksaan Payudara Tanpa Temujanji (Walk-In Breast Examination)