PESAKIT LUAR

No. Telefon : 05-6298400 samb.8701

CARTA ORGANISASI (Klik)

LOKASI

Jabatan Pesakit Luar terletak bersebelahan dengan Bilik Kualiti dan berhampiran dengan Pejabat Rekod.

VISI

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :

i.untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :

  • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • Menghargai kesihatan sebagai asset paling berharga
  • Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii.untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :

  • Mengutamakan pelanggan
  • Saksama
  • Tidak membebankan
  • Cekap
  • Wajar mengikut teknologi
  • Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • Inovatif

iii.dengan menekankan :

  • Sifat penyayang,profesionalisme dan kerja berpasukan
  • Sifat menghormati maruah insan
  • Penglibatan masyarakat

OBJEKTIF

  1. Memberi rawatan yang tepat berkesan dan selamat.
  2. Memberi perkhidmatan profesional, mesra dan penyayang
  3. Memenuhi kepuasan pelanggan berdasarkan piagam pelanggan

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Memberi rawatan dan rawatan susulan kepada semua pesakit yang datang.
  2. Membuat pemeriksaan kesihatan kepada semua calon.
  3. Membuat Laporan Perubatan kepada  mereka yang memohon melalui Pejabat Rekod.