Soalan Lazim

1) Bilakah masa melawat?

Masa melawat adalah seperti berikut:

Isnin - Jumaat 12.30 pm - 2.00 pm dan 4.30 pm - 7.00 pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum 12.30 pm - 7.00 pm

 

2) Ada terdapat kantin di Hospital Teluk Intan?

Ya, terdapat kemudahan kantin di Hospital Teluk Intan beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam (Isnin -Jumaat) dan 7 pagi - 3 petang (Sabtu). Kantin di tutup pada hari Ahad.

 

3) Berapakah kadar bayaran yang dikenakan oleh Hospital?

Kadar bayaran adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila klik sini untuk maklumat lanjut

 

4) Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit/waris?

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital

 

5) Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan?

Kad Pengenalan / Surat Beranak / Pasport, Kad Pesara, Surat Sekolah (jika berkenaan), Surat Rujukan Daripada Doktor, Surat Jaminan kerajaan / swasta, Wang Untuk Bayaran Deposit atau Perkhidmatan

 

6) Adakah Hospital Teluk Intan merupakan hospital kerajaan?

Ya

 

7) Berapakah jumlah katil yang disediakan di Hospital Teluk Intan

Terdapat 548 buah katil disediakan di Hospital Teluik Intan

 

8) Bagaiamanakah caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran?

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan kerajaan atau swasta terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.