1. NILAI-NILAI TERAS

Penyayang

Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh   perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi    harapan masyarakat.

Kerja Berpasukan

Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

 

2. JANJI KAMI

  • Kami Sedia Membantu
  • Kami komited terhadap keperluan anda
  • Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.
  • Kami melaksanakan apa yang dirancang
  • Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.
  • Kami berdedikasi terhadap tugas
  • Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.

 

3. KOMITMEN KAMI

  • Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.
  • Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan   bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.
  • Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.
FaLang translation system by Faboba