“Adalah menjadi dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terlibat dalam aktiviti-aktivitinya berada di persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Pihak Pengurusan dan pekerja akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dasar ini melalui rundingan dan kerjasama yang berterusan”
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Teluk Intan memberikan khidmat nasihat professional dan penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di fasiliti hospital. Unit ini membantu Pengarah hospital dalam melaksanakan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan arahan-arahan serta Factory and Machinery Act 1964.
Unit ini mempunyai Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) serta Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
UKKP HTI menjalankan pengurusan risiko hospital dari segi fizikal, bahan kimia, kewangan, kontrak, tenaga dan pengurusan.