1. Masa Melawat

Isnin - Jumaat : 12.30 pm - 2.00 pm , 4.30 pm - 7.00 pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 12.30 pm - 7.00 pm

2. Kebenaran melawat hanya dibenarkan kepada waris terdekat pesakit sahaja

3. Syarat-syarat melawat seperti berikut :

  • Pelawat mesti mengambil pas pelawat. Hanya 1 pas untuk 1 pelawat sahaja
  • Pelawat hendaklah mengikuti peraturan hospital yang telah ditetapkan
  • Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar atau merekod semasa berada di dalam wad
  • Pelawat yang tidak mengikuti peraturan hospital tidak dibenarkan masuk melawat atau dikehendaki keluar dari wad
  • Pelawat mestilah berpakaian sopan dan tidak membuat bising serta tidak mengganggu keselesaan pesakit di dalam wad
  • Pelawat tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan di dalam kawasan hospital

Peneman Pesakit

1. Hanya seorang sahaja boleh menemani pesakit dalam sesuatu masa

2. Peneman pesakit mestilah mempunyai surat kebenaran dari pihak wad

3. Hanya peneman wanita sahaja yang boleh menemani pesakit di dalam wad wanita

4. Peneman pesakit hendaklah mematuhi peraturan hospital yang telah ditetapkan

 

 

FaLang translation system by Faboba