AUDIOLOGI
No Telefon : 05-6298400 samb. 8925
VISI
Unit Audiologi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan pemulihan pendengaran yang berkualiti kepada individu bermasalah pendengaran supaya dapat meningkatkan kualiti hidup setiap pesakit tersebut.
MISI
- Menyediakan perkhidmatan Audiologi yang berterusan dan berkualiti kepada pesakit luar dan dalam.
- Setiap pesakit akan diberi rawatan dalam persekitaran yang selamat, dengan menggunakan kaedah dan teknik pemeriksaan/intervensi yang bersesuaian.
- Maklumat mengenai rekod perubatan pesakit akan dirahsiakan dan hanya akan didedahkan dengan kebenaran pesakit sendiri.
- Setiap kakitangan adalah digalakkan untuk menghadiri continous medical education (CME) dan continous professional development program untuk meningkatkan kemahiran dan kompentasi, serta menambahkan pengalaman kerja masing-masing.
OBJEKTIF
Objektif Umum
Untuk meningkatkan kualiti hidup individu bermasalah pendengaran melalui intervensi awal, kaunseling dan program pendidikan kepada pesakit, ahli keluarga, dan komuniti.
Objektif Spesifik
- Menjalankan pemeriksaan pendengaran, membuat diagnosis, serta memberikan intervensi yang cekap dan berkesan kepada individu bermasalah pendengaran.
- Meningkatkan kesedaran komuniti tentang masalah pendengaran dan intervensi individu bermasalah pendengaran.
- Mengenalpasti keperluan komuniti dengan memberikan perkhidmatan yang bebas daripada sebarang bias, supaya tidak melanggar sensitiviti mana-mana etnik/kaum.
FUNGSI
Skop Perkhidmatan Audiologi meliputi:
- Menjalankan ujian-ujian diagnostik Audiologi yang menyeluruh untuk menilai tahap pendengaran pesakit.
- Membuat diagnosis terhadap masalah pendengaran yang dihadapi, dan menentukan intervensi/rawatan pemulihan yang bersesuaian dari segi rujukan perubatan, (re)habilitasi aural, pilihan strategi komunikasi dan cara pembelajaran yang bersesuaian.
- Menjalankan penilaian, membuat rekomendasi serta menjalankan pemasangan dan pemprograman alat bantu pendengaran (ABP) yang bersesuaian kepada pesakit yang memerlukannya.
- Menilai kesesuaian pesakit bermasalah pendengaran untuk menjalani implan koklea melalui ujian yang bersesuaian, serta merujuk pesakit berkenaan kepada pasukan implan koklea di hospital/university yang terlibat.
- Menjalankan program intervensi awal melalui program saringan pendengaran bayi berisiko tinggi.
- Mengadakan program penjagaan / pemantauan tahap pendengaran secara berkala untuk pekerja- pekerja yang terdedah kepada bunyi bising dan berisiko mendapat masalah pendengaran
- Memberi pendidikan dan pendedahan kepada individu bermasalah pendengaran, ahli keluarga,dan komuniti tentang masalah pendengaran, penjagaan pendengaran, serta intervensi awal masalah pendengaran supaya dapat meningkatkan kesedaran awam.