HAL EHWAL ISLAM
No Telefon : 05-6298400 samb. 8440
VISI
Menjadikan Unit Hal Ehwal Islam yang unggul, merancang, mengurus dan menyebarkan Islam kearah melahirkan ummah yang cemerlang dan berakhlak.
MISI
Memberikan khidmat sosial yang berkualiti melalui perkhidmatan yang professional serta khidmat nasihat yang tepat untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pesakit san keluarga serta membantu mereka supaya terus berpegang kepada aqidah yang sebenar serta mengikut landasan syariat Islam.
OBJEKTIF
Berusaha menyebarkan ajaran Islam yang benar secara berterusan kepada kakitangan, pesakit dan keluarga serta menghasilkan kaedah pengurusan sistem kerja berteraskan nilai akhlak mengikut etika Islam. Ia bagi memberi pendedahan kepada pelanggan untuk memahami keperluan yang utama apabila berkaitan ibadah menurut Islam.
FUNGSI
Unit Hal Ehwal Islam bertanggungjawab memberi perkhidmatan sokongan kepada warga hospital, pesakit dan keluarga pesakit melalui aktiviti-aktiviti berikut :
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti latihan dan kerohanian seperti kursusu, bengkel dan ceramah agama mengikut takwim yang telah dirancang.
- Menyelaras dan melaksanakan program-program hari kebesaran Islam.
- Menyelaras aktiviti ziarah pesakit, bimbingan ibadah dan kerohanian kepada pesakit dan waris.
- Mengawasi dan memantau keperluan fasiliti di suarau-surau sedia ada.
- Memberikan khidmat nasihat agama bagi kes rujukan kakitangan, pesakit dan waris.
- Memastikan perjalanan program Hospital Mesra Ibadah di wad-wad berjalan dengan lancar serta mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.