UNIT PENGURUSAN ASRAMA DAN KUARTERS

No. Telefon : 05-6298400 samb. 8496/8497

 

CARTA ORGANISASI (Klik)

 

VISI

Ke arah mewujudkan suasana harmoni dan persekitaraan yang selamat dan selesa demi kesejahteraan penghuni-penghuni asrama dan kuarters Hospital Teluk Intan.

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan pengurusan asrama dan kuarters yang terbaik dengan berpandukan kepada garis panduan dan Standard Operasi Prosedur (S.O.P) yang ditetapkan bagi meningkatkan lagi tahap kesejahteraan dan keselesaan penghuni-penghuni asrama dan kuarters.

 

OBJEKTIF

Menyediakan kemudahan tempat tinggal dan fasiliti yang sempurna, selesa dan selamat serta memastikan penghuni sentiasa mematuhi segala peraturan dan peruntukkan undang-undang yang digunapakai di asrama dan kuarters.

 

FUNGSI

Memberi perkhidmatan kepada penghuni-penghuni asrama dan kuarters melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut :

- Pengurusan permohonan masuk asrama dan kuarters.

- Pengurusan pendaftaran masuk penghuni asrama dan kuarters.

- Pengurusan pendaftaran keluar penghuni asrama kuarters.

- Pengurusan kunci bilik asrama dan kuarters.

- Pengurusan rekod dan dokumentasi penghuni-penghuni asrama dan kuarters.

- Penyelenggaraan bilik-bilik pelatih/penghuni asrama.

- Penyelenggaraan unit-unit kuarters.

- Penyelenggaraan blok-blok asrama dan kuarters.

- Pemantauan tahap kebersihan asrama dan kuarters.

- Pemantauan terhadap pelawat-pelawat di asrama.

- Keselamatan dan kebajikan penghuni-penghuni asrama dan kuarters.

- Pematuhan kepada arahan pekeliling dan peruntukkan undang-undang.

FaLang translation system by Faboba