PERPUSTAKAAN PERUBATAN

No. Telefon : 05-6298539

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI

Peneraju perkhidmatan  dan pembangunan perpustakaan Hospital Teluk Intan bagi melahirkan warga hospital yang berilmu untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan cekap.
Pepustakaan bertekad menjadi sebuah perpustakaan yang menjadi penghubung utama antara maklumat dengan pengguna.

MISI

Memperkasa penyampaian sumber maklumat berkualiti melalui perkhidmatan perpustakaan bagi membentuk warga hospital berilmu pengetahuan selain mempertingkatkan mutu perkhidmatan, prasarana dan teknologi  yang terbaik.

OBJEKTIF

  1. Mengurus dam menyelenggara perkhidmatan perpustakaan hospital.
  2. Menyediakan  bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat hospital bagi memastikan kelancaran perkhidmatan yang berilmu.
  3. Memudahkan penggunaan warga hospital sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan luar Negara.
  4. Menarik penyertaan warga hospital dan pelajar dalam  aktiviti membaca dan pencarian maklumat berkaitan perubatan.

FUNGSI

  1. Memberi maklumat yang tepat dan padat dalam bidang perubatan.
  2. Memperoleh dan memproses koleksi perpustakaan yang lengkap.
  3. Menyediakan perkhidmatan  rujukan,maklumat dan peminjaman.
  4. Menggalakkan dan menyelaraskan penggunaan sumber perpustakaan.
  5. Menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca.
  6. Menarik penyertaan warga hospital dan pelajar dalam aktiviti pembacaan dan pencarian maklumat berkaitan perubatan.
FaLang translation system by Faboba