PERGIGIAN PEDIATRIK
No Telefon : 05-6298621
PENGENALAN
Perkhidmatan kepakaran menyediakan rawatan: untuk kes 'early childhood caries', kes trauma, lesi mulut seperti tumor/ sista, kebengkakan dan kes yang memerlukan rawatan di wad dan pembedahan untuk pesakit dalam dan pesakit luar (berumur 16 tahun dan ke bawah); yang dirujuk dari klinik pergigian kerajaan / swasta, klinik kesihatan kerajaan / swasta dan jabatan-jabatan lain di hospital dan jabatan kecemasan. Mana-mana kes yang memerlukan rawatan ekstensif (termasuk pembedahan) atau rawatan komprehensif untuk kanak-kanak yang kurang bekerjasama akan dijalankan di dalam Dewan Bedah di bawah bius am atau di klinik dengan ubat sedasi.
Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Teluk Intan menjalankan rawatan-rawatan seperti berikut:
- Pencegahan pergigian
- Rawatan restoratif rumit
- Trauma pergigian
- Rawatan infeksi oro-fasial / patologi mulut
- Rawatan komprehensif bagi kanak-kanak kurang upaya
- Kes-kes pembedahan
- Rawatan di bawah bius am dan sedasi
VISI
Jabatan Pergigian Pediatrik berusaha untuk menjadi Pusat Kecemerlangan bagi perkhidmatan pergigian kanak-kanak dengan menyediakan khidmat kesihatan mulut yang komprehensif melalui sistem kesihatan yang tidak membebankan, mengikut perkembangan teknologi terkini dan mengutamakan pesakit
MISI
Untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak melalui promosi kesihatan mulut dan penyediaan penjagaan kesihatan mulut yang:
- Memahami dan cuba memenuhi kehendak pesakit
- Mengikut perkembangan teknologi yang sesuai dan terkini
- Memberi perkhidmatan secara profesional dan prihatin
OBJEKTIF
- Menyediakan promosi, perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan kesihatan pergigian kepada kanak-kanak berumur 16 tahun dan ke bawah, terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khas
- Menyediakan rawatan pergigian dan penjagaan kesihatan mulut yang komprehensif kepada semua kes yang dirujuk
- Mempertingkatkan kemahiran profesionalisma melalui latihan dan pembelajaran berterusan
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra, bertimbangrasa, hormat,bersopan santun dan ikhlas.
- Setiap pesakit akan didaftarkan dalam tempoh 10 minit.
- Setiap pesakit akan diberimaklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan.
- Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting rawatan dan pencegahan penyakit pergigian.
- Setiap pesakit akan diberikan perkhidmatan pergigianyang sewajarnya, secara cekap dan professional.
- Rawatan pergigian akan dimulakan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan.
- Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam Bilik Rawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman.
- Setiap pesakit akan diberi penjelasan mengenairawatan yang akan dijalankan.
- Segala maklumat mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan, tertakluk kepada undang-undang.