PATOLOGI

TEL : 05-6298400 samb 8449

CARTA ORGANISASI (Klik)

VISI

Menyediakan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.

MISI

Jabatan Patologi akan menawarkan  satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai dan terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta professionalisma demi kecemerlangan rawatan pesakit.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik didalam bidang berikut :  Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi, Serologi, Histopatologi, Saitologi, dan Transfusi  Darah.
  • Memberi perkhidmatan rundingcara kepada pakar-pakar dan pegawai  perubatan di hospital dan klinik-klinik.
  • Memberi latihan kepada anggota kerja di jabatan, hospital, klinik, pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan agensi kerajaan yang lain.
  • Menjalankan kajian dan memberi kerjasama dalam bidang penyelidikan    bagi mengembangkan  bidang patologi.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Merangkumi perkhidmatan asas dan kepakaran dalam bidang Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi/ Serologi, Histopatologi/Saitologi dan Transfusi Darah.
  • Ujian – ujian yang tidak dapat dilakukan di jabatan ini akan dirujuk ke hospital / institusi lain mengikut prosedur yang ditetapkan.
FaLang translation system by Faboba