ORTOPEDIK
NO.TELEFON 05-6298400 SAMBUNGAN 8634
OBJEKTIF JABATAN
- Untuk memberi perkhidmatan rawatan ortopedik yang terkini, berkesan dan efisyen kepada pesakit –pesakit yang mengalami kecederaan dianggota kaki, tangan dan tulang belakang serta lain-lain masalah yang berkaitan.
- Mengajar dan membantu staf-staf sokongan yang berminat untuk mendalami bidang Orthopedik. Secara tidak langsung ia juga akan meningkatkan mutu perkhidmatan yang dapat diberikan kepada pesakit.
- Memberikan kefahaman kepada masyarakat setempat tentang kewujudan perkhidmatan Orthopedik di mana terdapat masaalah-masaalah yang tertentu tidak perlu lagi dirujuk kepada hospital-hospital yang lebih besar. Ini telah berjaya dilakukan dengan jayanya melalui aktiviti ‘Program Bersama Pelanggan’ dan menganjurkan kursus-kursus yang tertentu.
MISI JABATAN
Memberi perawatan dan penjagaan didalam bidang Ortopedik secara professional dan berkualiti yang berterusan serta memenuhi kepuasan pelanggan.
VISI JABATAN
Jabatan Ortopedik perlu menyediakan anggota –anggota yang terlatih dibidang rawatan kes-kes Ortopedik menggunakan teknologi yang spesifik demi untuk meningkatkan kualiti dalam rawatan kes-kes Ortopedik.
PIAGAM PELANGGAN KLINIK ORTOPEDIK
- Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti
- Perkhidmatan akan diberikan mengikut gilirandan/atau keadaan pesakit.Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak,ibu hamil,warga emas dan orang kelainan upaya.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi,penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih,selesadan selamat disediakan.
- Pesakit diberi rawatan dan perawatan mengikut piawaian standard.Pesakit yang memerlukan yang tidak terdapat dihospital ini akan dirujuk ke hospital / institusi yang sesuai.
- Lebih 90%daripada anda yang hadir keklinik pakar Ortopedik ini menunggu kurang dari 90 minit untuk mendapat rawatan.
- Lebih 90daripada anda yang pertama kali hadir ke kilinik PakarOrtopedik ini mendapat tarikh temujanji pertama anda dalam tempoh 14 hari.