MAKMAL JANTUNG
No. Telefon : 05-6298400 samb. 8601
CARTA ORGANISASI (Klik)
VISI
Ke arah memberikan perkhidmatan sokongan klinikal berterusan menerusi prosedur kardiologi bukan invasif berkaitan jantung dengan lebih berkualiti.
MISI
Memberi perkhidmatan yang berkualiti berkaitan prosedur kardiologi bukan invasif secara professional kepada pesakit di Hospital Teluk Intan serta punca rujukan yang berhampiran.
Menyediakan perkhidmatan diagnostik berorientasikan masalah berkaitan penyakit jantung yang mengutamakan pelanggan yang berfokuskan kesejahteraan.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan diagnostik berkaitan jantung melalui perkembangan teknologi terkini selaras dengan dasar kerajaan memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pesakit.
Menjadi unit sub berkepakaran Jabatan Perubatan Dalaman Hospital Teluk Intan yang penting menerusi pengesanan diagnostik sebelum merujuk pesakit ke pusat rujukan kardiologi.
FUNGSI
Melaksanakan perkhidmatan sokongan bukan invasif kardiologi kepada pesakit luar dan pesakit dalam hospital seperti berikut :
- Ujian Echocardiography dewasa dan pediatrik
- Ujian Echocardiography Guided Pericardiosintesis
- Ujian Senaman Jantung dewasa dan pediatrik.
- Ujian Holter Monitoring 3 channels dan 12 channels 24jam / 48 jam.
- Ujian Ambulatory Blood Pressure 24 jam.
- Ujian Electrocardiogram dari klinik – klinik berpakar.
- Tinggal atas panggilan bagi ujian kecemasan bagi ujian berkaitan di atas.
Memberikan perkhidmatan kepada pesakit bagi seluruh rujukan dari daerah Hilir Perak, Bagan Datoh, Daerah Sabak Bernam Selangor dan daerah berhampiran amnya.